Terkenal di Facebook dengan panggilan Long Tiger beserta lagaknya seperti seorang gengster, lelaki Rohingnya dengan nama sebenar Abdul Hamim Ab Hamid akhirnya ditahan pihak polis setelah mengurung seorang bekas pekerjanya.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay, pihak polis masih lagi menyiasat punca suspek mengurung bekas pekerjanya itu. Long Tiger sedia disiasat di bawah Seksyen 506 dan 342 Kanun Keseksaan Ugutan Jenayah dan Kurungan Salah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, Long Tiger sebelum ini telah merekodkan pelbagai rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol, namun telah selesai menjalani hukuman.

Sikapnya yang lantang dan ‘mempertahankan’ nasib orang Melayu membuatkan beliau popular di Facebook di samping kontroversi yang dibuat sehinggakan mendapatkan nasihat daripada Yusuf Azmi.

Ketahui lebih lanjut mengenai kes Long Tiger sehingga mendapat perhatian Yusuf Azmi untuk menasihati Long Tiger untuk tidak lagi berperang bersama orang ramai.

Yusuf Azmi Buka Mulut, Nasihat ‘Long Tiger’ Jangan Suka Berperang Sana Sini

Mohon Maaf Di Facebook, Netizen Tertanya-Tanya Apa Peranan ‘Ayahanda’ Kepada Masyarakat

Sumber