Kreatif konsep terbaru dari Audi ini. Konsep masa depan Audi, Connected Mobility Concept telah menggabungkan kereta buatan mereka dengan item awesome ini; sebuah longboard yang disimpan di bahagian bawah bumper kereta.

Kaedahnya, apabila longboard ini disimpan di bawah kereta, ianya akan mengecas longboard itu untuk kegunaan kita nanti. Sistem navigasi kereta Audi akan membuat kiraan waktu untuk anda sampai ke destinasi. Sistem navigasi akan memberi anda pilihan jika anda hendak sampai cepat ke destinasi, sistem itu akan menyuruh anda menaiki longboard sambil sistem kereta ini mencari tempat yang paling mudah untuk parking kereta anda. Wow, cool betul sistem navigasi Audi ni!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

676353206468770613

Longboard ini boleh dijadikan scooter apabila anda menyambung handlebar ke atasnya, dan dapat bergerak 10km ketika ianya dalam keadaan fully charged. Kalau dah habis bateri, anda boleh je guna kaki untuk jalankan longboard ini.

Ini idea yang sangat unik daripada Audi. Buat masa ni, saya belum mampu nak beli Audi. Kalau beli longboard sahaja boleh tak? Harap-harap Audi dengar keluhan ini.

1093706704182148803

1180527681841381238

13695628621643531995

1995570226391987814

Sumber