Di Malaysia kini lebih 1 juta orang sudah dijangkiti dengan wabak COVID-19. Semalam sahaja, Malaysia mencatatkan angka kes baru sebanyak 15,764, manakala korban yang meninggal dunia akibat wabak ini semalam pula adalah 219 orang. Dalam satu data yang dikumpulkan oleh Our World In Data, kajian itu mendapati dalam nisbah kes positif per populasi, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai rekod tertinggi dan terburuk di dunia.

Memetik laporan berita CNBC International, Our World In Data yang dikendalikan oleh para penyelidik dari University of Oxford dan organisasi bukan untung Global Change Data Lab di UK menyatakan data yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan purata pergerakan tujuh hari, di mana Malaysia mencatatkan 483.72 disahkan terkena jangkitan COVID per juta orang pada hari Rabu. Ini menjadikan Malaysia berada di kedudukan kelapan tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2021-08-03 at 9.41.23 AM

Sementara itu, kematian harian yang dilaporkan akibat wabak COVID adalah sekitar 4.90 per juta orang pada hari Selasa berdasarkan purata pergerakan tujuh hari. Itu adalah yang ke-19 tertinggi di dunia dan ketiga tertinggi di Asia setelah Myanmar dengan nisbah 6.29 dan Indonesia dengan nisbah 5.79.

Sebilangan penganalisis berpendapat bahawa jumlah kes COVID yang tinggi disebabkan oleh tindak balas menangani wabak yang kurang baik dan responsif. Walaupun Malaysia sudah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan berkali-kali, krisis politik yang terjadi di negara ini telah memberi kesan kepada kenaikan kes di Malaysia.

Joshua Kurlantzick, penyelidik Asia Tenggara di badan pemikir Majlis Hubungan Luar Negeri berkata bahawa pemerintahan Malaysia kini dilihat kacau bilau, manakala pertikaian politik yang berterusan telah memberi kesan dalam misi untuk menangani wabak.

Screenshot 2021-08-03 at 9.41.47 AM

Bagaimanapun, dalam pada pergolakan politik yang kian berterusan sejak perubahan tampuk pimpinan. Kerajaan Malaysia berjaya mempercepatkan langkah vaksinasi dalam beberapa minggu terakhir. Difahamkan lebih daripada 18% daripada 32 juta penduduk negara ini sudah mendapatkan suntikan vaksinasi sepenuhnya, menurut Our World In Data.

Untuk rekod, Ahli ekonomi dari bank Britain Barclays menganggarkan bahawa Malaysia, Singapura dan Korea Selatan bakal menjadi antara negara Asia yang akan mencapai tahap tertinggi vaksinasi tahun ini. Dan kerajaan Malaysia mengatakan bahawa misi utama mereka adalah untuk mendapatkan imuniti kelompok seawal akhir tahun ini.

Baca luahan kecewa rakyat Malaysia setelah negara dilanda 9,180 kes COVID-19 semalam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Baca Luahan Kecewa Rakyat Malaysia Setelah Negara Dilanda 9,180 Kes COVID-19 Semalam

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Pilihan Raya Negeri Sabah Punca Gelombang Baharu COVID-19 Di Malaysia, Lapor Kajian Antarabangsa