Ini basikal yang paling seronok bagi saya. Untuk menggerakkan basikal ini anda tidak perlu lagi mengayuh, cuma berjalan. Ya! Hanya perlu berjalan sahaja untuk menggerakkan basikal ini. Menarik bukan?

Lopifit Bike, rekaan basikal yang sangat invotatif seperti alat senamam treadmill ini direka oleh pereka dari Belanda, Bruin Bergmeester. Yang menariknya, basikal ini dilengkapi enjin elektrik dengan kelajuan sehingga 24 km sejam. Cool!.

Idea mencipta basikal ini asalnya merupakan ilham seorang petani dari Belanda. Pada ketika itu dia sedang bersenam dan terfikir alangkah bagusnya jika dapat bersenam sambil menikmati permandangan, sudah tentu tidak membosankan.

Apa yang terbayang ketika itu ialah roda serta alat senaman treadmill, di sini lah bermulanya bagaimana idea untuk mewujudkan basikal ini. Seterusnya penelitian dan kajian dilakukan secara teliti, manakala proses pembuatan basikal ini pula mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.

Pada kali pertama ia dipamerkan kepada umum, ia menerima sambutan yang sangat baik. Kini basikal ini sudah mula dipasarkan dan dijual pada harga €1,899.00 kira-kira RM8813 seunit

Bosan mengayuh basikal? Anda boleh cuba Lopifit, tentu seronok!.

Sumber