Berjaya muncul sebagai syarikat kecantikan paling bernilai dunia, L’Oréal Group meneruskan lagi mengembangkan bisnes meraka dengan mengambil alih sebuah jenama kecanntikan dari Australia iaitu Aesop Skincare.

Difahamkan, Aesop Skincare yang memiliki lebih 400 kedai rasmi seluruh negara ini berjaya diambil alih dengan nilai $2.5 bilion (~RM11 bilion). Lebih hebat, pengambilalihan ini sekaligus bakal menjadi pengambilalihan L’Oréal terbesar sepanjang sejarah syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: metro style
Sumber: Reviews and other stuff

Sebelum ini, LVMH selaku syarikat pengeluar produk LV antara yang turut berminat mendapat Aesop Skincare namun tawaran yang dibuat L’Oréal Group dipercayai lebih tinggi.

Difahamkan Aesop Skincare yang mulai dibangunkan pada tahun 1987 ini menawarkan seleksi produk buat wajah, rambut dan juga badan dengan menggunakan produk berasaskan tumbuh-tumbuhan beserta kajian daripada pihak makmal.

Pengambilalihan yang dibuat ini bermakna Aesop masih lagi dapat beroperasi seperti biasa setakat ini. Dalam erti kata lain, tiada sebarang perubahan dalam struktur bisnes syarikat ini.

Untuk pengetahuan, L’Oréal bukan sahaja menawarkan produk kecantikan sahaja malah merupakan entiti bisnes yang besar. Sehingga kini Loreal sudah berjaya memiliki lebih 40 syarikat di bawah kendaliannya sekaligus berjaya muncul sebagai syarikat kosmetik paling bernilai dunia.