Tular ketika ini beberapa rakaman video sebuah lori dari Malaysia didakwa alami masalah brek telah mengakibat kemalangan dan kesesakan di Tambak Johor menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands hari ini, 7 Julai, pada awal pagi tadi.

Dalam video berdurasi hampir 40 saat itu kelihatan sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan di hadapannya sejauh beberapa meter dirakam oleh salah seorang pengguna laluan terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan awal portal Mothership.sg, Facebook Immigration and Checkpoints Authority (ICA) melaporkan dua daripada tiga lorong tersekat pada jam 10.25 pagi tadi.

Kira-kira 50 minit kemudian, ICA mengemaskini hanya satu lorong sahaja tersekat semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan. Ketiga-tiga lorong hanya boleh digunakan semula pada pukul 12.02 tengah hari tadi.

Pihak ICA juga meminta agar para pengguna menyemak laman web One Motoring LTA terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Sumber Gambar: Facebook Immigration & Checkpoints Authority

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi artikel-artikel terbaharu yang kami kongsi pada hari ini melalui pautan di bawah.

Perodua Catat Rekod Tempahan Tertinggi Dalam Tempoh 24 Jam Pada Hari Terakhir Jun

Netizen Geli Hati Lihat Warga Amerika Teruja Dengan ‘Sistem Parking Berlampu’ Di Tempatnya

Nampak Pelik Tetapi ‘Style’, Sekumpulan Kereta U-Turn Secara Serentak Tarik Perhatian Ramai