Setiap kali anda membawa kenderaan, anda pasti seboleh-boleh cuba mengelak daripada memandu berhampiran dengan lori. Lebih-lebih lagi jika lori tersebut membawa lebih muatan yang boleh menggugat keselamatan.

Baru-baru ini Ushar Daniele, seorang wartawan berita antarabangsa telah berkongsi beberapa keping gambar sebuah lori membawa lebih muatan yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lori tersebut dilihat cuma menggunakan rantai besi bagi ‘menahan’ pintu belakang yang hampir terbuka akibat membawa muatan yang berlebihan.

Ciapan tersebut telah menarik lebih ramai netizen yang berkongsi kerisauan dan pengalaman mereka yang pernah mengalami insiden bila berhadapan dengan lori seperti ini.

Rata-rata ramai netizen meminta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan ketat yang sama seperti mereka membuat pemeriksaan untuk nombor pendaftaran, tinted cermin dan bunyi ekzos kenderaan.

Netizen juga mahu pihak berkuasa memberikan hukuman yang setimpal kepada pemandu dan syarikat yang tidak mengendahkan keadaan lori yang boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Seorang wanita telah didenda kerana melakukan pencemaran ke udara dengan melepaskan asap hitam berlebihan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Jejaskan Pencemaran Udara, Pemilik Lori Didenda RM60,000 Kerana Lepaskan Asap Hitam

JPJ Kini Buru Kenderaan Berat Guna ‘Hon Tenonet’

Gara-Gara Mahu Hasilkan Video, Remaja Maut Selepas Menahan Lori Secara Mengejut

 

Sumber