Sangat terkilan apabila dikhabarkan sebuah lori kurier yang dipercayai membawa barang-barang bagi promosi 11.11 terbakar sehingga menyebabkan keseluruhan barang milik pelanggan dalam lori tersebut musnah dijilat api.

Menurut saksi kejadian, Kitty Goh menerusi Facebook, kejadian tersebut berlaku pada sekitar jam 2.45 petang semalam berhampiran bangunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Cheras, Kuala Lumpur. Berikut beberapa perkongsian gambar di tempat kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
LAZADA (2)
SUMBER: FACEBOOK KITTY GOH

Berikutan kejadian, pekerja yang membawa lori tersebut sempat untuk menyelamatkan dirinya sebelum lori itu terbakar dan segera membuat pangggilan bomba untuk membantu memadamkan api kebakaran tersebut.

Dianggarkan 70 peratus keadaan fizikal lori musnah disebabkan kebakaran tersebut. Setakat ini, punca kebakaran lori tersebut masih lagi dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bekas pelumba Moto2 kini menjadi penghantar makanan demi kelangsungan hidup. Klik pautan untuk bacaan lanjut.

Bekas Pelumba Moto2 Kini Jadi Penghantar Makanan, Akui Tidak Malu Demi Rezeki Yang Halal

Hubungi Jurubahasa Isyarat Bantu OKU Buat ‘Report’, Tindakan Polis Ini Dipuji Netizen

Orang Malaysia Terlebih Kerja, Mana Perginya Keseimbangan Kerja Dan Masa Sendiri?