Sekitar pukul 2.30 petang tadi, seorang pemandu lori pasir gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar 6 buah kenderaan lain semasa menunggu lampu isyarat di Jalan Tuanku Abdul Halim.

Rempuhan tersebut telah menyebabkan Perodua Myvi berwarna kuning tersebut hancur teruk serta-merta setelah dirempuh lori treler lalu merempuh beberapa buah kereta lagi di hadapannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan kesemua mangsa dalam keadaan yang selamat. Perkembangan lanjut berkenaan kemalangan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Anda boleh tonton rakaman dashcam daripada salah sebuah kenderaan yang sempat merakam insiden kemalangan ngeri terbabit melalui video yang kami kongsikan di bawah.

Kemas Kini 7 September 2020 10.00 pagi: Pihak polis mendapati pemandu lori berusia 25 tahun itu positif dadah setelah menjalani ujian saringan awal air kencing dan ditahan untuk siasatan lanjut. Baca laporan penuh di sini.

Dalam rakaman dashcam lain, orang ramai berasa cemas apabila melihat pemandu ini nyaris melanggar dua anggota polis yang sedang menutup jalan licin. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Orang Ramai Cemas Lihat Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Nyaris Langgar Polis Di Selekoh

Keluar Simpang Secara Melulu, Kereta Kancil Dilanggar Lori Hingga Terbalik

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

Sumber