Mungkin sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go di lorong tambah nilai PLUS. Walau bagaimanapun, para pemandu nampaknya perlu bersiap lebih awal atau merancang perjalanan bermula 5 November ini apabila pihak PLUS bakal menghentikan perkhidmatan ini di lorong keluar tol seluruh negara.

Difahamkan keputusan ini dibuat bagi mengelakkan kesesakan di lorong keluar tol serta memastikan keselamatan pekerja tol. Difahamkan pada tahun 2015 sehingga 2018, terdapat 81 insiden plaza tol dirempuh oleh kenderaan berat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1545223464_2d91042d_0_600
Sumber: Beetify

Sebagai langkah untuk mengelakkan daripada kekurangan baki Touch ‘n Go, anda dinasihatkan untuk memasang RFID memandangkan kesemua laluan tol PLUS bakal menyokong sistem ini bermula hujung 2019.

Penggunaan RFID ini sekaligus membolehkan akaun kad kredit, debit serta pelbagai jenis e-wallet disertakan bagi memudah pembayaran tol.

Tahukah anda Waze juga sudah mula memaparkan kadar tol buat para pengguna. Selain itu, tular pada bulan lalu apabila Honda Jazz yang mahu elak membayar tol ini telah melanggar kereta pelumba negara.

Waze Mula Memaparkan Kadar Tol Untuk Memudahkan Pengguna

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara