Peminat setia filem ‘The Conjuring’ pasti mengenali karakter Lorraine Warren dan suaminya Ed Warren, pasangan penyiasat paranormal yang terkenal. Pasangan Warren ini pernah menempa nama di Amerika dan United Kingdom sekitar tahun 70-an dan masih dikenali sehingga kini dengan pelbagai koleksi menarik mereka.

lorraine-warren-2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jumaat lalu peminat dikejutkan dengan pemergian Lorraine Warren pada usia 92 tahun di rumahnya. Berita ini disampaikan sendiri oleh menantunya, Tony Spera menerusi satu post di Facebook yang memberitahu Lorraine meninggal dunia ketika tidur di rumahnya.

Beliau turut menyampaikan pesanan keluarga untuk menghormati privasi keluarga mereka buat masa ini. Menurut rekod, antara kes yang paling terkenal yang pernah dikendalikan oleh pasangan ini ialah Enfield Poltergeist pada tahun 1977. Enfield Poltergeist pernah menjadi bualan hangat masyarakat suatu ketika dahulu yang kini diolah dan diceritakan semula melalui ‘The Conjuring 2’.

the-poltergeist-of-enfield-does-this-image-show-the-spirit-in-action-140226