Pemilihan Virgil Abloh sebagai ketua pereka untuk divisyen lelaki nampaknya sudah membuahkan hasil. Dalam perkongsian gambar oleh ketua pereka kasut lelaki Louis Vuitton, Mathias Patillon memperlihatkan rekaan kasut pertama Virgil Abloh untuk LV.

Menurut peminat kasut, rekaan ini boleh dikatakan diinspirasikan daripada rekaan tapak kasut Air Jordan 3 dan bahagian badan pula daripada model Givenchy Tyson High Top. Apabila digabungkan terhasillah rekaan kasut terbaru ini.

06.21.18🔥🔥🔥 • • • • • #louisvuitton #louisvuittonsneakers #lvsneakers #hypebeast #hypebeastkicks #hypebeaststyle #highsnobiety #highsnobietysneakers #highsnobietystyle #sneakers #sneakernews #sneakerfiles #sneakerfreaker #basementapproved #mylouisvizion

A post shared by Mathias Patillon (@office2143) on

🇫🇷📍

A post shared by @ vlonevogue on

Penyanyi rap ASAP Rocky dilihat menjadi antara individu pertama yang menyarungkan model terbaru LV ini.

Pemilihan Virgil ini adalah strategi berkesan LV untuk menarik golongan muda membeli dan menyukai jenama LV. Mungkinkah akan ada crossover antara jenama Virgil (Off-White) dan LV di masa akan datang? Jika ya, semestinya harga kolaborasi ini akan melambung tinggi apabila ianya berada di pasaran kelak.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group