Mula bekerjasama sejak FIFA World Cup edisi 2010, Louis Vuitton pada tahun ini meneruskan lagi kerjasama bersama FIFA dalam menawarkan travelling case khusus untuk membawa trofi kejuaraan pertandingan ini. Melalui edisi pada kali ini yang berlangsung di Russia, jenama ini turut memperlihatkan beberapa koleksi yang dikeluarkan khusus buat peminat koleksi premium jenama ini.

Untuk rekaan pada kali ini Louis Vuitton telah mengambil inspirasi daripada perlawanan FIFA World Cup 1970 bagi rekaan beg mereka. Setiap rekaan beg ini turut menampilkan tiga warna pilihan dan masing-masing menggunakan bahan kulit yang premium iaitu Epi yang merupakan bahan ikonik dalam penghasilan baragnan keluaran Louis Vuitton.

Untuk mengingatkan rekaan bola sepak klasik, LV telah menerapkan reka bentuk heksagon pada semua model beg mereka. Selain itu mereka turut menyertakan tag bagasi daripada 35 pasukan yang terlibat.

Koleksi Louis Vuitton bersama FIFA ini bakal berada di pasaran 15 Jun ini sempena bermulanya pertandingan yang berlangsung sehingga 15 Julai. Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkannya di outlet LV dan laman web Louis Vuitton.

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-01

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-02

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-03

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-04

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-05

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-06

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-07

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-08

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-09

louis-vuitton-2018-fifa-world-cup-10