Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Louis Vuitton tampil dengan koleksi bola tampar sempena musim panas yang bakal tiba ini dan pastinya peminat jenama mewah ini tidak akan melepaskan peluang untuk membeli ia.

Menariknya, bola tampar ini hadir dengan corak ikoniknya iaitu monogram dan warna yang diketengahkan adalah warna terang seperti merah jambu, putih dan ungu pada bola tampar tersebut. Malah, beg jaring juga tersedia untuk meletakkan bola tersebut. Tuala bercorak monogram juga dijual pada edisi kali ini.

Untuk pengetahuan anda, harga bagi koleksi bola tampar ini adalah $2,650 (~RM10,977), manakala bagi tuala pula dijual dengan harga $590 (~RM2,444) sahaja. Bagi anda yang ingin mendapatkan kedua-dua item ini untuk tampil eksklusif ketika bersukan, anda boleh dapatkan secara atas talian di sini.

LV:vckt2

LV:vckt3

Anda Mungkin Suka