Louis Vuitton baharu sahaja melancarkan koleksi colognes atau pewangi unisex yang diinspirasikan daripada suasana musim bunga yang hampir tiba tidak lama lagi. Bauan yang ditawarkan dalam koleksi ‘Les Cologne Louis Vuitton’ amat sinonim dengan mood santai di pantai dan taman bunga yang pastinya memberikan pengguna ketenangan.

Barisan pewangi ini direka khas oleh pembuat minyak wangi terkenal, Jacques Cavalier Belletrud dari Perancis. Untuk edisi khas ini, terdapat 3 bauan eksklusif dan unik iaitu Sun Song, Cactus Garden dan Afternoon Swim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

lvcolognes

Menurut Jacques, Sun Song diinspirasikan daripada bauan dari bunga oren, Cactus Garden diinspirasikan daripada bau teh Maté dari Amerika Selatan manakala Afternoon Swim pula diinspirasikan daripada buah oren segar. Pewangi ini kini boleh dibeli melalui laman web Louis Vuitton dengan harga bermula daripada $250 (RM1,031) hingga $300 (RM1,238) sahaja.