Sushi king merupakan antara restoran pilihan ramai untuk menikmati sushi dan boleh dikatakan banyak cawangan Sushi King di Malaysia memudahkan lagi pelanggan memilih lokasi pilihan mereka.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @dyrasalleh telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan terdapat ulat dalam kicap yang dihidangkan. Menerusi perkongsiannya, dia telah memaklumkan pekerja berkaitan hal itu tetapi ‘terguris hati’ apabila pekerja seolah-olah memandang tidak puas hati seperti kehadiran ulat itu berpunca daripadanya.

Baca Juga:

@dyrasalleh

Helokkkk dah habis makan baru perasaan 🤢🤢 korang nampak takk apaa sis nampakk ? Aiyoooo

♬ original sound – Dyra Salleh – Pakej percutian murah by DZ

@dyrasalleh

Replying to @aniomato wakkk kita dah panggil cakap pun slow2 dgn dia tauuu tapi respond dia kemain eksen macam kita yg salah ! Dala kemain byk kicap tu sy telan semalam .. tgk tu ulat menari2 atas tu bukannya sikit ye ulat dalam tu 🤢🤢

♬ Laper Laper Ha – Faiha

Selepas melihat ulat dalam kicap, dia berasa loya dan sudah tidak lalu untuk menjamah makanannya. Kemudian, dia pun membuat pembayaran.

Perkongsiannya telah meraih perhatian netizen dan kebersihan restoran sushi kegemaran ramai itu mula dipertikaikan. Susulan video itu viral, pihak Sushi King tampil memberikan respon berhubung isu terbabit.

Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan Sushi King telah memohon maaf kepada pelanggan tersebut atas pengalaman yang dialaminya dan berterima kasih kerana telah membawa isu ini ke perhatian pihaknya.

Malah, pihak pengurusan Sushi King juga mengatakan telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan dan mengukuhkan lagi SOP pengendalian makanan serta menjalankan pengurusan latihan kepada kakitangan mereka.

Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Pihak pengurusan Sushi King mengambil tanggungjawab penuh dan meminta maaf sekiranya kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam diri pelanggan.