Jika anda merupakan salah seorang peminat filem klasik P Ramlee, sudah pasti anda masih teringat akan watak lelaki yang bermain trompet sambil bertanya ‘Maznah ye?’ dalam filem Seniman Bujang Lapok.

Watak tersebut dimainkan oleh HM Bursa yang mengucapkan dialog tersebut selepas pintu biliknya diketuk oleh Ramli, Ajis, dan Sudin kerana membuat bising ketika itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
BeFunky-collage (36)
FIlem Seniman Bujang Lapok

Baru-baru ini, dialog ‘Maznah ye?’ kembali menjadi bualan netizen selepas gambar salah seorang lelaki yang menyerupai pelakon itu timbul di beberapa laporan akhbar tempatan.

Gambar lelaki itu dikatakan mirip sekali dengan pelakon filem P Ramlee tersebut dan ramai yang meninggalkan komen ‘Maznah ke tu?’ di kiriman-kiriman yang dibuat di media sosial.

Tetapi siapa sangka lelaki yang dikatakan mirip pelakon filem klasik ini sebenarnya adalah salah seorang ‘bos besar’ dalam penganjuran perlumbaan berbasikal Petronas-Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL).

Beliau adalah Shahaizereen A Hamid yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL yang berlangsung pada 7 hingga 12 Februari ini di seluruh Malaysia.

Gambarnya itu sebelum ini dikongsikan bersama beberapa laporan akhbar yang memaklumkan pihak penganjur menjalankan kerjasama bersama pihak KKM dalam menangani isu novel coronavirus sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Kini, selepas beberapa hari tular, secara tidak langsung ‘Abang Maznah’ ini berjaya menarik perhatian orang ramai tentang perlumbaan berbasikal LTdL yang dianjurkan pihaknya.

Dek kerana tularnya gambar itu juga, beliau ketika ditemubual pada semalam hari tidak melepaskan peluang untuk mengajak orang ramai datang bertemu dengannya sepanjang acara tersebut berlangsung.

“Kalau betul anda semua nak saksikan sendiri ‘Maznah’ datanglah beramai-ramai saksikan perlumbaan LTdL (Le Tour de Langkawi) kali ini.

“Boleh tengok depan-depan, betul ke tak betul Maznah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam nada bergurau, beliau bagaimanapun tidak menjangkakan perkara tersebut akan tular dan tidak pernah mengetahui beliau mirip seakan pelakon filem Seniman Bujang Lapuk itu.

“Saya tak terasa hati atau marah. Saya tahu kebanyakan natizen memang suka bergurau jadi kalau anda semua nak menyaksikan Maznah secara berdepan datanglah saksikan perlumbaan LTdL kali ini,” katanya sambil ketawa.

Mungkin, inilah yang dikatakan oleh mereka yang berpendapat bahawa setiap publisiti itu adalah baik. Tanpa perlu melakukan gimik yang berlebihan, masyarakat sudah pun tahu LTdL kini sedang berlangsung di negara kita.

Baca perkongsian kami sebelum ini yang menceritakan bagaimana lelaki ini berusaha mewarnakan semula filem lakonan seniman P Ramlee. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Kerana Minat Lelaki Ini Warnakan Semula Filem P.Ramlee Untuk Tontonan Semua

Sungguh Mempersonakan, Inilah Rupa Tulisan Tangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Persis Nyanyian P Ramlee, Warga Emas Nyanyi Lagu P Ramlee Sambil Gunting Rambut Pelanggan

 

Sumber