Masalah rumah tangga bekas peserta program Pencetus Ummah, PU Abu tidak berkesudahan apabila bekas isteri kedua, Hana Azraa kembali berkongsi sikap bekas suaminya.

Menerusi perkongsian Hana di Instagram Story miliknya, dia mendakwa PU Abu masih mengganggunya, malah mengatakan rindu sedangkan sudah lama bercerai.

Baca Juga:

Susulan itu, Hana menegaskan kepada PU Abu untuk jauhkan diri darinya serta memberi amaran membocorkan hal sebenar iaitu mengenai apa yang berlaku di Madinah tempoh hari.

Dalam pada itu, Hana turut memuat naik tangkapan layar menunjukkan sikap PU Abu sering menghubunginya. Bahkan, menyuruh pandakwah itu mengingati kembali bagaimana dia memutar belit cerita sehingga Hana kelihatan yang bersalah dalam hal ini.

Tambah Hana lagi, dia masih bersabar untuk tidak mengeluarkan semua kenyataan kerana mengenangkan isteri kepada PU Abu, Ain Afini dalam keadaan hamil anak ketiga pasangan tersebut.

Sementara itu, PU Abu turut tidak mendiamkan diri dan memuat naik satu hantaran Instagram Story yang mengatakan memilih untuk tidak mengulas kontroversi tersebut.


Bahkan, pendakwah berusia 29 tahun itu memilih untuk memberi fokus kepada tuntutan kerja dan difahamkan kini berada di Madinah. Dia juga menegaskan konflik yang berlaku sama sekali tidak melibatkan isterinya, Aih Afini.

Untuk makluman, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Sufyan Mokhtar Rozaidi mendirikan rumah tangga dengan bekas isteri kedua, Hana pada Mei 2019, dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan berpisah pada April 2020.