“SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

‘Kenapa menangis ni?’

‘Lihatlah karangan budak ni..’

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Telefon Pintar

“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar.
Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar.

Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah dan ibu.. Saya akan memiliki ‘tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar.

Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa.”

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
‘Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!’

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
‘Abang, itu karangan anak kita!’

Jika diperhatikan skrg ni, suami & isteri masing2 dok sibuk belek dan fokus handphone masing-masing, layan email, facebook, whatsapp, wechat. Kadang-kadang anak-anak dok tengok saja dari jauh sambil main mainannya.

Sama-samalah la kita berikan perhatian pada insan-insan di sekeliling terutama anak-anak yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Tingkah laku kita adalah contoh buat mereka.

Sanggupkah kita (sebagai ibu bapa) terima jika diperlakukan dengan sikap yang sama bila kita dah tua nanti? Fikir-fikirkan.

Sumber : Facebook