Baru sahaja dibuka, kafe di Setia Alam ini telah menjadi perhatian ramai kerana keunikkannya. Berkonsepkan ‘picnic’, kafe ini dinamakan sebagai Nak Cikit Picnic.

Dapat dilihat rekaan dalaman kafe ini cukup tenang dan sesuai buat mereka yang mahu lepak bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Malah, dekorasi kafe ini sangat ‘Instagrammable’ dan pastinya disukai kaki foto.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai permainan dan kraf disediakan untuk anda meluangkan masa bersama orang tersayang. Barulah anda dapat luangkan masa berkualiti bersama keluarga mahupun rakan anda, bukan?

Terdapat pelbagai menu yang boleh anda cuba seperti pasta masak lemak cili api, waffle dan banyak lagi. Mesti anda akan pening kepala mahu pilih menu apa untuk dicuba.

Tunggu apa lagi? Bagi anda yang berada di Lembah Klang dan sekitar Setia Alam bolehlah terjah kafe ini. Nak Cikit Picnic Kafe ini dibuka hari Selasa hingga Ahad dari jam 12 tengahari hingga 10 malam.

Sementara itu, kami kongsikan kafe-kafe menarik sekitar Lembah Klang yang boleh anda terjah pada pautan di bawah ini.

‘Ink Library’ Kafe Tema Basikal Yang Menarik Di Puncak Alam

Ingatkan Rumah, Kafe Berkonsepkan Klasik Dan ‘Rusty’ Di Kuala Lumpur Ini Bakal Jadi Port Lepak Anda