Lupakan gol yang tidak dibenarkan disebabkan offside atau Video Bantuan Pengadil (VAR) menunjukkan bola terkena tangan. Tetapi hiburan sebenar yang diperlukan bola sepak adalah gol yang tidak dibenarkan disebabkan anda tidak cukup mabuk dan itulah yang sedang berlaku di Norway sekarang.

Satu pertanding bola sepak di Norway mengadakan pertandingan bola sepak mabuk. Para pemain perlu memabukkan diri mereka dengan meminum wain, wiski, bir dan vodka sebelum memulakan perlawanan.

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →

3AB28DF000000578-3966114-image-a-26_1479939830032

Sebelum perlawanan dimulakan, kedua-dua pasukan perlu mempunyai BAC purata 1.0, kedua-dua pasukan yang bertanding dilihat berpesta terlebih dahulu sebelum pertandingan lima lawan lima dimulakan.

Kelihatan beberapa pemain bola sepak yang sudah mencapai tahap mabuk terbaring di lantai bilik persalinan.

 

Ada juga beberapa pemain yang sudah mula berkhayal dan seolah sedang ‘terbang’ disebabkan penggunaan alkohol yang berlebihan.

Ketika perlawanan bermula, kelihatan beberapa pemain yang jatuh dan tersadung akibat memijak bola.

3AB297A500000578-3966114-image-a-23_1479939815457

Ada juga beberapa pemain yang muntah di tepi padang sebelum sepak mula berlangsung. Beberapa pemain lain kelihatan pening dan tidak teratur di tengah padang.

Walaupun ianya kelihatan lebih banyak perkara negatif daripada positif. Tetapi dedikasi pemain bola sepak ini harus dipuji.

Berikut adalah cerita lain mengenai bolasepak yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak

Tonton Gol Pertama Usain Bolt Sebagai Pemain Bola Sepak Profesional

Anda Mungkin Suka