Siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan K-pop terkenal iaitu BlackPink dan salah seorang daripada mereka yang dikatakan paling popular serta mempunyai ramai peminat sudah semestinya Lisa Manoban.

Sebelum ini Lisa terpalit dengan kontroversi apabila nama pentasnya yang dipersendakan oleh Janna Nick sebagai ‘Lisa Blackpig’. Belum surut lagi kes berkenaan, timbul pula satu isu terbaharu apabila tularnya satu video TikTok yang memaparkan tindakan seorang lelaki ‘meludah’ sebotol air berkarbonat dengan gambar Lisa BlackPink di sebuah kedai serbaneka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video tersebut menjadi tular selepas dikongsikan semula oleh pengguna Twitter @ammymedusaa. Lantaran itu, tindakan lelaki tersebut menjadi perbualan serta kecaman netizen di Twitter.

https://twitter.com/amymedusaa/status/1368585223043121153?s=20

“Tahu air apa ni? Inilah air plastik,” ujar lelaki itu sebelum ‘meludah’ dan kemudiannya meletak semula botol minuman yang terkena ludah itu ke dalam peti simpanan air di kedai serbaneka tersebut.

Lantaran itu, netizen telah melemparkan kecaman terhadap tindakan lelaki ini dan ada yang anggap bahawa ‘meludah’ itu satu tindakan yang keterlaluan dan boleh menjadi penyebab virus COVID-19 merebak.

https://twitter.com/nblhkmal_/status/1368776248348995586?s=20

Masing-masing ada pilihan sama ada untuk suka atau tidak seseorang selebriti itu. Walaupun lelaki tersebut dikatakan tidak suka atau kurang senang dengan artis K-pop, namun tindakan ‘meludah’ tidak sepatutnya dilakukan.

Mungkin tindakan beliau hanya sekadar mahu viral tanpa berfikir panjang tentang akibatnya. Semoga anda tidak buat sesuatu seperti ini semata-mata demi konten di media sosial.

Sebelum ini nama Lisa BlackPink pernah dipersendakan oleh Janna Nick. Baca lebih lanjut menerusi pautan di bawah.

Janna Nick Tutup Akaun Instagram Dan Twitter Selepas Didakwa Persenda Artis K-Pop

Bersikap Rasis Dan Ludah Makanan Pelanggan Cina, ‘Chef’ Ini ‘Kantoikan’ Diri Sendiri Di Twitter

Cuci Tandas Dan Diludah Ketika Jadi Maskot, Fazley Yaakob Dedah Pernah Buat Pelbagai Kerja

Sumber