Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru reda isu promosikan iklan judi sempena Aidilfitri, kini muncul pula isu berkaitan lukisan mural yang berunsur lucah di dinding Balai Art Seni Gallery, Kuala Selangor.

Lukisan mural tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat setempat dan mengundang kemarahan netizen. Lantaran itu, pelukis tersebut, Lyana Leong dalam satu kenyataan di Facebook mengatakan ianya hanyalah salah faham.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

175544873_3562674137172450_5903711810607445098_n

Berdasarkan pengalaman Lyana Leong melukis mural, beliau mengatakan dirinya melukis lapisan pertama dahulu sebelum melukis pakaian. Lukisan mural yang memaparkan 3 wanita berbogel tersebut dikatakan menjadi tontonan masyarakat tempatan ketika Lyana menanggalkan kain yang ditutup seketika untuk menilai lukisan sebelum meneruskan karyanya.

Berikutan isu tersebut, pengguna Facebook Noor Ismail iaitu seorang pelukis mural dan memiliki pengalaman lebih 15 tahun telah memberikan pandangan akan hal tersebut.

Menurut Noor Ismail, teknik lukisan mural sebegitu perlu dibuat lakaran secara kasar dipermukaan yang mahu dilukis sebelum mewarnakannya. Malah, apabila proses mewarna telah dijalankan maka ia adalah imej akhir yang telah dilakarkan.

MURAL LUCAH : Guna taktik perkauman tutup kesalahanSaya juga seorang pelukis mural.Saya berpengalaman lebih 15 tahun…

Posted by Noor Ismail on Tuesday, April 20, 2021

Oleh itu, beliau tidak boleh menerima alasan Lyana Leong yang mengatakan perlu lukis bogel dahulu baru warnakan pakaian. Jika benar lakaran untuk gambar itu berpakaian pastinya beberapa bahagian terutama dada wanita itu tidak dilihat secara terperinci dan perlu ada lakaran untuk lipatan atau garisan bentuk pakaian.

Bukan itu sahaja, kain yang didakwa menutupi lukisan juga dikatakan bukanlah kain tetapi hanyalah Sun Shade Netting iaitu sejenis plastik. Tambahnya, penafian yang dilakukan oleh Lyana Leong sangat tidak boleh diterima kerana ‘play victim’ dengan gunakan taktik perkauman untuk menutup kesalahan.

Malah, beliau turut mengatakan Lyana Leong cuba memperbodohkan netizen dengan sentimen perkauman seolah olah teguran yang dilemparkan kepadanya dikaitkan dengan perkauman. Tiada bangsa dan agama di Malaysia ini boleh menerima mural lucah sedemikian diruangan terbuka.

Kini, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung lukisan mural tiga wanita yang tidak berbaju di Balai Seni Sasaran Kuala Selangor dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lukisan mural tersebut juga telah dilukiskan pakaian selepas isu ini tular. Apa pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Rentas Negeri Ketika Aidilfitri, Polis Akan ‘Singgah’ Rumah Banyak Kereta

Masak Spaghetti Carbonara Dengan Cara Yang Tepat, Khairulaming Terima Pujian Chef Terkenal Singapura

Anda Mungkin Suka