Satu lakaran terbaharu yang dikeluarkan oleh salah sebuah agensi media Denmark, Jyllands-Posten telah mendapat perhatian kerajaan China dan dilaporkan bahawa mereka tidak suka pada satira terbaharu itu.

Kedutaan China di Denmark memanggil lukisan itu sebagai ‘penghinaan ke atas China’ dan ‘menyakitkan perasaan rakyat China’.

Mereka menambah apa yang dilakukan oleh akhbar terbabit telah melintasi ‘batas etika kebebasan bersuara’ dan mahukan kenyataan maaf secara terbuka kepada masyarakat di China.

Walau bagaimanapun, Jyllands-Posten enggan memohon maaf kepada China selepas menyiarkan kartun satira pada Isnin lalu, lapor Politico.

Kartun terbaru ini, yang diterbitkan oleh Jyllands-Posten telah menukar bendera asal China kepada bendera novel coronavirus.

Ketua Pengarang Jyllands-Posten Jacob Nybroe pada Selasa lalu mengatakan bahawa akhbar itu tidak akan meminta maaf.

“Kami tidak boleh meminta maaf atas sesuatu yang kami tidak fikir salah. Kami tidak berhasrat untuk merendahkan diri atau mengolok-olok.

“Setakat yang dapat saya lihat, ini adalah mengenai pemahaman budaya yang berbeza.”

Akhbar terbabit turut menambah bahawa mereka tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Beberapa ahli politik Denmark menyokong akhbar itu, termasuk Perdana Menteri Mette Frederiksen, “kita mempunyai kebebasan berekspresi di Denmark”.

Pada tahun 2005, Jylland-Posten pernah menerbitkan lakaran kartun menggambarkan Nabi Muhammad yang membawa kepada protes di seluruh negara Islam.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai coronavirus, sila klik pautan di bawah.

Coronavirus Sukar Dikawal, WHO Keluarkan Amaran Kecemasan Peringkat Antarabangsa

Kerajaan China Perintah 6,000 Pegawai Perubatan Ke Wuhan Selepas Coronavirus Merebak Lebih ‘Hardcore’ Daripada SARS

2 Hari Ubah Suai Bangunan Lama, Hospital Coronavirus Di China Siap Sedia Beroperasi