Salah satu gambaran seni tertua di Garisan Nazca, satu koleksi misteri yang dipelihara dengan baik di selatan Peru, ditemui secara tidak sengaja oleh para pekerja ketika kerja-kerja penambahbaikan di lakukan di tapak Warisan Dunia UNESCO.

Lebih dari 2,000 tahun yang lalu, masyarakat di wilayah ini melukis kucing sepanjang 37 meter di lereng bukit, lapor kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis oleh Kementerian Kebudayaan Peru.

e0040f38240e73a3faba6428a73fc97b

Geoglif Nazca, dihasilkan oleh artis kuno yang mengeluarkan batu dari lanskap bagi menghasilkan karya-karya lukisan yang berunsurkan haiwan, manusia atau reka bentuk abstrak.

Manakala lukisan kucing yang baru ditemui ini difahamkan telah dihasilkan sekitar tahun 200 SM, ia diciptakan oleh masyarakat Paracas, yang mendahului budaya Nazca.

1280x720_cmsv2_03a5f589-3c12-5f1e-a575-8c8e7a6bcdaa-5066172

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kebudayaan Peru mengatakan, “Lukisan itu hampir tidak kelihatan dan hampir hilang, kerana letaknya di lereng curam yang terdedah terhadap kesan hakisan semula jadi.”

Ia menambah bahawa geoglif, yang panjangnya sekitar 37m (120 kaki), telah dibersihkan dan dipulihara sejak seminggu yang lalu.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lantai Jubin Tamadun Rom Kuno Ditemui, Masih Cantik Walau Tertimbus Beratus Tahun

Saintis Berjaya Jejak Bentuk Misteri Berusia 2,000 Tahun Di Peru Menggunakan Satelit Dan AI