‘Langkah Sheraton’ adalah antara momen bersejarah yang pernah berlaku di Malaysia. Tindakan ahli Parlimen ‘melompat’ secara beramai-ramai pada awal tahun 2020 yang lalu telah menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini diberi mandat oleh rakyat Malaysia selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Sebahagian orang merasakan bahawa ‘Langkah Sheraton’ adalah sebuah gerakan pengkhianat terbesar yang pernah terjadi di Malaysia, manakala sebahagian pula merasakan bahawa ia bertujuan untuk menyelamatkan negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Facebook Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara.
Facebook Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara
WOB

Terbaharu, Ahli Parlimen (MP) Damansara, Tony Pua telah berjaya menjual lukisan ‘Langkah Sheraton’, di mana kesemua 8,888 NFT telah dijual dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1.3 juta. Pua berkata jualan ini hanya berlangsung selama 28 jam selepas ia dilancarkan pada 31 Ogos 2022 sempena Hari Merdeka.

Lukisan Langkah Sheraton dibuat oleh Pua semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan diilhamkan daripada peristiwa sebenar yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang. Ia menampilkan ahli politik terkenal Malaysia dan juga Speaker Dewan Rakyat.

RUU Anti Lompat Parti lulus, apa yang anda perlu tahu sebagai seorang pengundi. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

RUU Anti Lompat Parti Lulus, Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Seorang Pengundi

Sekadar ‘Makan Malam’, Tun Mahathir Buktikan Terima 131 Sokongan Ahli Parlimen

Tun Mahathir Dilaporkan Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada YDPA