Bermula dengan hobi melukis dan menulis berbekalkan bakat yang ada, lelaki yang lebih senang dikenali sebagai Teme seringkali mencuri perhatian netizen melalui lukisan serta motivasi yang ditampilkan. Nama beliau sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas berjaya melancarkan beberapa buku yang termasuk buku Pelukis Jalanan yang popular sehingga kini.

Terbaru, bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, Teme telah berjaya menghasilkan sebuah potret yang menampilkan wajah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Iskandar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1168014888603549696

Lukisan yang dihasilkan bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah Raja Permaisuri Agong serta Tuanku turut berminat dengan lukisannya serta memohon untuk mendapatkannya sebagai kenangan.

Lebih manis, disebalik para netizen mengucapkan tahniah kepada Teme, beliau dedikasikan kejayaannya kepada orang ramai yang menyokong beliau. Beliau turut mengongsikan bagaimana lukisan ini terhasil melalui perkongsian di Twitter.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat saudara Teme. Semoga bakat dan usaha beliau dapat diperkembang lagi ke peringkat antarabangsa selepas ini.

Kami kongsikan lagi bakat pelukis tempatan yang berjaya mencipta nama melalui bakat yang ditampilkan. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Lihat ‘Misteri’ Lukisan Mural Menghiasi Kampung Baru Mambau, Seremban

Pelukis Luah Rasa Menyesal Hasilkan Lukisan Ikonik Ini Di Pulau Pinang

Anak Malaysia Berjaya Lakukan Pameran Lukisan Solo Pertama Di Jeju, Korea Selatan