Perkahwinan mengejut Syamsul Yusof dan Ira Kazar di Thailand baru-baru ini mengejutkan semua pihak termasuk Datuk Yusof Haslam yang tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya dengan tindakan Syamsul membelakangi keluarga.

Menerusi Melodi, Yusof Haslam menyatakan bahawa beliau dan Datin Fatimah Ismail sedih dengan tindakan anak sulungnya tersebut yang berkahwin secara senyap-senyap di Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Bohong kalau cakap saya tak kecewa. Luahan hati saya mungkin tak sama datin sebab dia seorang ibu. Saya berpesan kepada datin kita doakan yang terbaik.

“Kalau timbul permasalahan lagi, saya harap Syamsul akan bagi penjelasan dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Jika ditakdirkan mereka tidak ada jodoh (harap tidak berlaku), Syamsul kena bertanggungjawab dengan isteri dan anak-anak,” katanya.

Dia turut memberi nasihat agar anaknya itu tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak-anaknya dengan isteri pertama iaitu Puteri Sarah.

Jumaat lalu, pengarah terkenal yang sebelum ini banyak mengeluarkan filem-filem yang bertemakan perjuangan telah mengumumkan bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand dengan berwalikan Kazar.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.