Tular satu rakaman video sekumpulan penunggang motosikal bergelimpangan di atas jalan raya dipercayai terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang, pagi tadi.

Memetik laporan awal The Star, Kemalangan melibatkan kereta dan motosikal berlaku berhampiran E-Gate Lebuhraya pada pukul kira-kira 4.40 pagi, Ahad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video pendek berdurasi 17 saat yang tular di media sosial ketika ini menggabungkan beberapa rakaman video lain; penunggang motosikal berlumba di sepanjang lebuh raya, seorang penunggang motosikal melanggar bahagian belakang Perodua Myvi, banyak motosikal bergelimpangan di atas jalan raya dan orang ramai membanjiri lokasi kejadian.

Dalam laporan terkini, tiga maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan tersebut. Dinasihatkan kepada orang awam untuk menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti tidak sihat. Sayangi nyawa anda.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Syarikat Rakaman Malaysia Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Kena ‘Banned’ Oleh YouTube

Berjaya Jadi Penggusti Terbaik Asia Tenggara, Undertaker Tampil Beri ‘Warning’ Kepada Shaukat

‘Orang Ke Bukan?’ – Kelibat Susuk Putih Di Pembahagi Lebuh Raya Cetus Persoalan Ramai