Baru beberapa minggu ditayangkan di Netflix, Lupin kini merupakan siri original Netflix paling ditonton oleh pelanggan Netflix dengan sekitar 70 juta isi rumah telah menontonnya dalam masa 28 hari.

Jumlah ini telah menewaskan siri hebat yang menjadi bualan ramai sebelum ini, The Queen’s Gambit (62 juta). Lupin, lakonan Omar Sy ini adalah siri berbahasa Perancis pertama yang mendapat perhatian di seluruh dunia di samping kekal Top 3 siri paling ditonton di Malaysia pada ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lupin mengisahkan Assane Diop (Omar Sy) seorang pencuri dengan pelbagai helah dan mendapat insiprasi mencuri itu daripada Arsène Lupin, watak novel karya Maurice LeBlanc. Misi utama Assane adalah untuk menuntut bela kematian bapanya yang dituduh melakukan jenayah yang tidak dilakukannya.

Bagi anda yang pernah membaca novel Lupin, pasti anda akan lebih seronok menonton siri ini kerana ‘penipuan’ yang dibuat Assane Diop mirip dengan apa yang diceritakan dalam novel.

Tidak sangka dengan sambutan hebat siri ini, pihak Netflix mengumumkan musim kedua siri Lupin akan mula ditayangkan akhir tahun ini. Buat anda yang mungkin mencari siri hebat untuk menonton pada ketika ini, Lupin adalah salah satunya.

Ini pula beberapa artikel dunia hiburan lain yang tular di media sosial beberapa hari ini. Baca pada pautan di bawah.

Nobita Dan Shizuka Akhirnya Berkahwin, Tapi Tanpa Kehadiran Doraemon?

Wajah Kekal Tenang, Netizen Terhibur Lihat Nora Danish Terhantuk Pintu Kereta Dalam Drama Bougainvillea

Penasihat MRKH Kecewa Nama Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Jadi Mainan Netizen