Khabar yang berlegar dalam kalangan peminat kosmetik dari United Kingdom, LUSH beberapa ketika yang lalu mengenai pembukaan operasi syarikat tersebut di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan. Khabar ini akhirnya disahkan melalui kenyataan rasmi LUSH Malaysia di laman sosial.

Kini golongan wanita tidak perlu lagi untuk memesan secara online atau menambah berat bagasi untuk membeli produk LUSH jika ke luar negara kerana LUSH kini lebih dekat dengan pelanggan setia mereka.

Sedikit informasi kepada anda yang tertanya-tanya apa itu LUSH. LUSH ialah satu rantaian syarikat kosemtik yang menjual produk penjagaan diri seperti bath bomb yang pernah tular suatu ketika dahulu di media-media sosial lebih-lebih lagi di Instagram Feed.

LUSH dikenali dengan keaslian produk handmade tanpa menggunakan lemak haiwan tetapi 100% menggunakan bahan organik. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini LUSH di media sosial rasmi mereka di Facebook dan Twitter.

Sudah pastinya pada hari pembukaan rasmi LUSH Kuala Lumpur nanti kita dapat menyaksikan golongan lelaki dengan penuh kesabaran menanti pasangan masing-masing berbelanja sepuas-puasnya.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group