Tidak dinafikan bahawa penggunaan pengangkutan awam amatlah memberangsangkan di seluruh dunia. Menariknya, Luxembourg akan menjadi negara pertama di dunia yang memberikan kemudahan pengangkutan awam tersebut secara percuma dimana anda tidak perlu lagi membayar untuk menggunakan pengangkutan awam.

Manchester-tram-2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Luxembourg akan memberikan keistimewaan tersebut untuk setiap orang muda di bawah umur 20 tahun, dan pelajar sekolah menengah boleh menggunakan pengangkutan percuma antara sekolah dan rumah mereka seperti bas, kereta api dan lain-lain.

Namun untuk penumpang dewasa, mereka hanya perlu membayar €2 (~RM9.60) untuk perjalanan sehingga dua jam. Namun Luxembourg bukanlah negara yang besar. Jadi tambang ini cukup untuk ke mana-mana destinasi dalam negara berkenaan.

Sebelum ini, tambang pengangkutan awam dikatakan akan dinaikkan pada musim panas tahun 2019 sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan campuran semula yang diketuai oleh Xavier Bettel yang telah menjadi Perdana Menteri pada 5 Disember yang lalu.

Sumber