LVMH yang sebelum ini berjaya mengutip jualan bernilai bilion nampaknya kali ini bakal berdepan dengan kes saman oleh seorang jurumekap, Sammy Mourabit.

Sammy Mourabit bersama Madonna

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, LVMH merupakan syarikat induk kepada Louis Vuitton, Rimowa dan juga Dior. Berdasarkan kes saman yang dibuat, Sammy Mourabit mengatakan beliau pernah ditawarkan LVMH untuk menjadi jurumekap profesional bagi jenama Make Up For Ever dengan pendapatan tahunan sebanyak $1 juta (~RM3.89 juta).

Apa yang terjadi adalah campurtangan pengarah urusan Make Up For Ever yang sekaligus membuatkan tawaran beliau ditamatkan lebih awal. Menurut Sammy Mourabit, pembatalan kontrak tersebut membuatkan beliau rugi besar berikutan pembatalan bersama beberapa syarikat dan artis terkenal sebelum perjanjian awal bersama LVMH dibuat.