Nota Editor: Kisah menyentuh hati ini telah dikongsikan oleh Wong Bo Sie dan kami kongsikan semula di Vocket dengan izin daripada penulis asal. Semoga ia turut memberi inspirasi kepada anda dalam berbuat kebaikan. 

Maafkan saya bro

Petang tadi masa aku pergi jemput anak, sampai satu tempat tu ternampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbuka. Kereta rosak le ni (hati aku cakap).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aku perlahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah belek enjin. Dalam kereta aku perasan ada jugak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berhenti le.

Masa jalan ke kereta tu aku nampak dalam kereta tu 2 perempuan dewasa, sorang budak kecik dan sorang budak lelaki. Mungkin sekeluarga le ni.

“Asalamualaikum bro. Pehal ni?” Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata kereta buat hal. Minyak macam tak naik, tiba-tiba mati katanya sambil pegang spana hidup.

“Boleh saya tengok?” Aku tanya dia. “Bro pomen ke?” Dia tanya aku balik. “Tak ahh. Tapi saya pernah kena macam ni dulu.” aku bagitau dia.

“Takpe la bro, rasa saya boleh setel ni”. “Oo…ok la kalau macam tu” kata aku sambil bepusing nak blah. Tiba-tibaa aku dengar suara perempuan.

“Masuk ni dah 2-3 orang nak tolong, awak tak nak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni!!”

Aku pun pusing balik kat dia. Aku suruh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang tak ada minyak. Aku mintak spana hidup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je.

Dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering macam ni. Setahu aku, kalau pun oil pump rosak minyak mesti akan meleleh sikit-sikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.

Aku mintak masuk kereta dia, on kunci dan tengok meter minyak. Tak naik langsung!! Meter tu rosak katanya.

Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cerita aku keluar dan terus ajak dia cari pomen. Mula-mula dia tak nak. Tapi lepas bini dia membebel kereta buruk la, tak berguna la, apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

image via CikLilyPutih

 

Masa dalam kereta tu, aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tiba-tiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je.

Sampai stesen minyak dia cakap nak pergi tandas kejap. Aku pulak terus masuk dalam, beli air soya 2 kotak besar, 2 bantal roti bun (entah kenapa aku boleh terpikir nak belikan) dan bayar termasuk minyak.

Aku bagi benda-benda tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentiasa ada dalam kereta aku. Dia nak bayar, tapi aku cakap karang la, macam la beratus.

Baca:Pernah Berlapar, Bagaimana Wanita Ini Membina Empayar Fesyen Yang Mengagumkan

Mungkin terasa menyusahkan aku, dia cakap tak payah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat kereta dia balik. Aku ok je la. Dalam 2 kilometer nak sampai dia suruh aku berhenti kat tepi jalan. Anaknya tanya apesal?

Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah. Aku punya la saspen masa tu tuhan je yang tau.

Aku pun berhenti le. Tiba-tiba… “Bro, saya nak mintak maaf sesangat dengan bro”.

“Apsal?” Aku tanya. Kelopak matanya berkaca digenangi air.

“Sebenarnya saya bohong. Kereta saya tak rosak pun bro. Kereta saya tu memang habis minyak.”

Aku tak dapat cakap apa dah.

“Saya memang tak ada duit nak isi minyak. Saya ingat minyak kereta sampai la ke rumah, tapii…”

Aku masih diam. “Duit bro ni karang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro…” Aku bagitau dia, pasal duit tu. Takpe, aku halalkan.

Dia sambung lagi. “Percaya tak kalau saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro, dekat 2 jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang berhenti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni.

Dia orang cuma tanya, tengok sikit-sikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah, Allah hantar bro untuk saya.”

Aku cakap takkan la sampai macam tu sekali aihh. Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le.Tapi dia tetap beriya ucap terima kasih kat aku. Lantak le hei.

Lepas tu dia pandang anaknya.

“Abang, maafkan babah ye. Babah belum dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tak ada duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?” Anaknya angguk kepala.

“Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal kereta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tu tak nak anak-anaknya susah.

Depan pakcik yang baik ni babah buang rasa malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah.

Tapi babah nak abang tau. Babah sentiasa berusaha untuk senangkan ibu dengan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye.” Katanya lagi dalam sedu sedan.

Anaknya terus peluk dia. Dua beranak tu berpelukan sambil menangis. Aku keluar kereta. Sumpah. Demi Allah, aku pun nangis sama.

Sambil lap lap air mata, aku masuk kereta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tangannya terus memegang bahu aku. Lepas enjin keretanya hidup, aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya.

Pantas dia peluk aku. “Jangan bro, saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya. Saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni.” Dia mintak nombor telefon aku. Nak tak nak aku bagi.

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk. Aku pesan sikit kat dia.

“Nak, belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat. Besok kalau dah berjaya, jaga babah dengan ibu macam babah jaga nenek sekarang. Doa banyak-banyak supaya babah tu sentiasa sihat dan tabah”.

Sambil aku selitkan duit yang babahnya tak nak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Baca: Hidup Miskin Ketika Kecil Menjadikan Wanita Ini Bercita-Cita Besar Dan Travel Keliling Dunia

Allahu Akbar. Sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku.

Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk bertakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa bersyukurnya hidup kita.

Baca lagi: Kasut Cinderella Di Pasar Percuma Bukti Prihatin Warga Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram