Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi disingkirkan pada peringkat saringan untuk acara 100M selepas didakwa melakukan ‘false start’. Perkara tersebut telah mengejutkan ramai pihak.

Menurut Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd. Manshahar Abdul Jalil, terdapat bukti jelas daripada pengarah teknikal, juri dan pengadil yang mengesan Azeem melakukan kesilapan di blok permulaan sebelum tembakan pelepasan dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, Azeem telah keluar lebih awal dan kakinya tidak jejak di blok permulaan sebelum atau seketika sebelum tembakan pistol dilepaskan. Malah, Azeem juga melihat bukti itu dan mengikut data yang diperoleh reaksi kesilapan Azeem 0.058s di blok pelepasan.

Lantaran insiden tersebut, Azeem telah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di Twitter miliknya semalam. Ini menjadikan impian ‘hatrik’ pingat emas sukan tersebut terpaksa dilupakan.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Azeem dan mahu dia kembali dengan lebih baik di kejohanan akan datang. Untuk rekod, Malaysia mendominasi acara olahraga itu dalam dua edisi lalu, di mana Khairul Hafiz Jantan memenangi pingat emas di Kuala Lumpur pada 2017 sebelum Haiqal Hanafi mempertahankannya di Filipina pada 2019.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan sukan SEA pada pautan di bawah ini.

Pelari Pecut Ke Lompat Galah, Atlet ‘Bidan Terjun’ Sarah Adi Hadiahkan Emas Untuk Negara

Benarkah Malaysia Pinjamkan RM900 Juta Kepada Filipina Bagi Jayakan Sukan SEA Manila 2019?