Sejak akhir-akhir ini topik berkaitan agama dan maahad tahfiz semakin menjadi topik yang sensitif dan taboo di kalangan masyarakat. Bermula dengan insiden kontroversi yang meragut nyawa kanak-kanak sehinggalah kepada perdebatan mengenai isu fiqh Islam.

Terbaru, netizen sekali lagi terkejut dengan kehadiran video hiburan islamik yang disiarkan pada rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’. Menggayakan pakaian berjubah putih, kaca mata hitam serta rap lagu berunsurkan islamik merupakan sesuatu yang baru buat netizen negara kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang anda boleh jangkakan, pelbagai tohmahan serta komen dilemparkan buat para pelajar ini berikutan gaya penyampaian dakwah yang sedikit berbeza. Kami enggan mengulas lanjut mengenai sama ada benar atau tidak tindakan yang dibuat. Biarlah mereka yang arif dalam bidang agama yang wajar memberi pendapat mengenai video ini.

Untuk pengetahuan anda, lagu ‘Muslim Man’ yang dibawakan oleh mereka diapdaptasi daripada Deen Squad yang berjaya mengutip 6.4 juta tontonan seluruh dunia.

https://www.youtube.com/watch?v=iDM4gqciqs8

Sesuatu yang menarik perhatian kami adalah Maahad Tahfiz Al-Hidayah yang menjadi pusat pendidikan buat kanak-kanak dan remaja ini. Nak tahu mengapa Maahad Tahfiz Al-Hidayah merupakan maahad tahfiz yang lengkap dan awesome? Berikut merupakan sedikit sebanyak latar belakang mengenai maahad tahfiz ini.

Latar belakang Maahad Tahfiz Al-Hidayah

maahad1

Bertempat di Bentong, Maahad Tahfiz Al-Hidayah berjaya menawarkan pendidkan moden serta agama dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat para pelajar. Para pelajar bukan sahaja diberi pendidikan dari segi agama, malah para pelajar berpeluang untuk mempelajari subjek lain melibatkan sains dan matematik dengan lebih mendalam.

Pengasas maahad tahfiz ini adalah Tuan Haji Lokman Abd Hamid serta yang turut menjakannya adalah pelakon terkenal iaitu Asyraf Muslim.

Dana Maahad Tahfiz Al-Hidayah

maahad 2

Apabila membangunkan sekolah swasta sudah tentu dana antara yang diperlukan bagi memastikan maahad tahfiz ini dapat terus beroperasi. Buat Maahad Tahfiz Al-Hidayah, mereka berjaya mendapat dana daripada Yayasan Al Hidayah. Dana yang mencukupi ini berjaya membolehkan mereka membangunkan maahad tahfiz yang lengkap dari segi keselamatan serta berjaya mendapatkan kelulusan kerajaan.

Selain itu, maahad tahfiz moden ini berjaya menyediakan kelengkapan yang mencukupi buat para pelajar. Dalam erti kata lain, para pelajar tidak akan dikerah atau dipaksa mendapatkan dana dengan cara yang kurang menyenangkan buat sesetengah pihak di tempat awam.

maahad3

maahad tahfiz al hidayah

Maahad tahfiz ini turut dilengkapi dengan laman web yang menyertakan senarai pelajar, tenaga pengajar serta permohonan untuk mendaftar sebagai pelajar. Anda boleh ikuti laman web ini di sini.

Difahamkan lagu ‘Muslim Man’ yang dinyanyikan adalah sekadar hiburan yang dibenarkan serta telah mendapat kelulusan daripada mereka yang arif dalam bidang ini. Mungkin bentuk dakwah terbaru ini antara yang akan menghiasi arena hiburan islamik negara kita selepas ini. Malangnya, ramai daripada netizen yang cepat melatah sebaik sahaja melihat video yang dibawakan oleh para pelajar ini.

Sumber