Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) telah menyeru ahli-ahli mereka yang memiliki hak pengedaran rasmi buku teks dan buku kerja sekolah untuk meningkatkan peruntukan stok di kedai Shopee mereka bagi menangani masalah pengedaran buku teks dan buku kerja di seluruh negara.

Isu ini dilaporkan awal minggu ini di The Star di mana golongan ibu bapa di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan menyuarakan kekecewaan mereka apabila tidak dapat mencari buku teks dan buku kerja fizikal untuk anak-anak mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan bantuan daripada platform e-dagang Shopee, persatuan-persatuan ini telah mewujudkan sebuah portal “Kedai Buku Shopee” yang memudahkan para ibu bapa untuk mencari dan dapatkan buku-buku yang diperlukan di satu tempat khas.

Presiden Mabopa Arief Hakim Sani Rahmat dalam kenyataan media menyatakan bahawa mereka memahami keluh kesah ibu bapa dan sentiasa berusaha untuk menambah baik dari segi penerbitan dan juga ketersedian di seluruh negara.

“Oleh itu, kami telah menyeru semua ahli kami untuk meningkatkan stok mereka untuk dijual atas talian. Pada masa yang sama, kami menghubungi penjual buku dan pengedar kami untuk membincang cara-cara untuk memudahkan penjualan buku pelajaran melalui Shopee. Shopee juga amat responsif dan memberi sokongan serta infrastruktur baik kepada kami untuk menyelesaikan isu nasional ini.”

Bagi Presiden MBA, Keith Thong pula, “Untuk membantu generasi yang mahir dalam teknologi, kepantasan “on demand” amat penting dan kini penjual buku sentiasa berusaha untuk memajukan diri bagi menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Ribuan terima kasih kepada Shopee sebagai sebuah pasaran dalam talian yang mantap dan mesra buku.

Bagi menyahut permintaan ibu bapa dan seiring dengan misi untuk membantu masyarakat setempat. Ibu bapa kini boleh mendapatkan buku teks dan pelbagai alatan pembelajaran di portal Shopee.

“Selain menyediakan portal Kedai Buku Shopee untuk para ibu bapa, kami juga akan memberikan sokongan tambahan kepada komuniti dengan baucar pulangan tunai Syiling Shopee 20%. Walaupun ini tidak banyak, kami berharap usaha kami  dapat membantu mengurangkan tekanan yang dilalui oleh para ibu bapa serta mendorong pembelajaran kerana kami percaya bahawa bakat dapat dicungkil dan dikembangkan melalui pendidikan,” kata Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho.

Bagi mereka yang mencari buku teks dan buku kerja di Shopee, buku-buku tersebut boleh didapati di https://shopee.com.my/kedaibukushopee, untuk pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam. Para ibu bapa juga boleh menggunakan kod baucar “KEDAIBUKU10” untuk mendapatkan pulangan tunai Syiling Shopee 20% dengan nilai sehingga RM10 untuk pembelian buku-buku di bawah inisiatif “Kedai Buku Shopee”.

Ditawarkan secara percuma, penjual di Shopee ini untung atas angin jual buku teks digital KPM. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ditawarkan Secara Percuma, Penjual Di Shopee Ini Untung ‘Atas Angin’ Jual Buku Teks Digital KPM

Pertandingan Menulis Buku Teks Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Cetus Kemarahan Netizen

Tun M Masih Dikekalkan Sebagai ‘Bapa Pemodenan’ Dalam Buku Teks Sekolah