Pada pagi semalam, berita Elon Musk telah berjaya mengambil-alih Twitter pada nilai sekitar $44 bilion (~RM191.6 bilion). Pembelian Twitter itu sekaligus menjadikan platform ini menjadi sebuah syarikat persendirian milik manusia terkaya di dunia.

Baru-baru ini juga, tular sekeping gambar di mana Elon Musk yang berpenampilan seperti ‘baru bangun tidur’ sedang memegang dokumen bersama sekumpulan lelaki dari Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk makluman semua, mereka merupakan satu delegasi dari Indonesia yang terbang ke Tesla Gigafactory terletak di Nevada untuk berunding mengenai kerjasama dalam pembekalan dan pemprosesan Nikel sebagai bahan mentah untuk membuat Sel Bateri berdasarkan ESG (Environment, Social dan Governance) yang baik dan mampan.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Anindya Bakrie, pemilik beberapa syarikat teknologi, media dan telekomunikasi terkenal Indonesia, ternyata mencuri tumpuan ramai apabila warganet menyatakan rupa Elon Musk seperti ‘menerima lawatan mengejut’ semasa beliau sedang tidur.

Elon Musk cuma berpakaian kasual — t-shirt leher bulat dan seluar jeans berwarna hitam — serta gaya rambut ala-ala ‘Mid Fade Haircut‘ yang sudah nampak panjang selepas beliau dakwa telah memotongnya sendiri pada Disember tahun lalu.

Penampilan santai Elon Musk itu juga telah membuatkan netizen Indonesia merasakan pemilik Tesla, SpaceX dan terkini Twitter, seolah-olah beliau sedang bertemu dengan guru-guru sekolah sahaja.

Sumber Gambar: Facebook Anindya Bakrie
Sumber Gambar: Facebook Anindya Bakrie
Sumber Gambar: Facebook Anindya Bakrie

Selain membincangkan bahan mentah Nikel, delegasi Indonesia itu juga turut berpeluang untuk mengikuti satu lawatan yang jarang berlaku di dalam kilang kereta dan bateri Tesla.

Mereka juga telah menjemput Elon Musk untuk menyertai acara ‘International Advisory Caucus B20’ dan menghadiri acara B20 pada pertengahan November nanti.

Difahamkan pada 14 Mei akan datang, semasa lawatan negara Presiden Joko Widodo ke Amerika Syarikat, Elon Musk berjanji untuk menukar jadualnya untuk bertemu terus dengan Presiden Jokowi, yang juga dijadualkan akan melawat SpaceX.

Baca lebih lanjut bagaimana Elon Musk sanggup menjual rumah terakhirnya semata-mata mahu menjayakan projek membina tamadun di Marikh.

Elon Musk Jadi ‘Gelandangan’ Demi Ke Planet Marikh, Jual Rumah Terakhirnya RM126 Juta

Manusia Terkaya Di Dunia Elon Musk Mahu Sedekah RM400 Juta, Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Sumber