Sebelum ini orang ramai mempertikai keselamatan para pelajar di institut memandu apabila menunggang motosikal di elemen laluan tidak rata yang mengikut spesifikasi telah ditetapkan oleh pihak JPJ sendiri.

Kawasan bonggol yang dinaiki oleh para pelajar tersebut terlalu tinggi sehingga menyukarkan motosikal mereka melintasi laluan tidak rata itu dan boleh menyebabkan mereka tercedera jika tidak mahir mengimbangkan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini tular satu video seorang pelajar berusaha sebaik mungkin mengawal diri dan motosikalnya seolah-olah sedang membawa sebuah motorcross supaya tidak terjatuh apabila melalui laluan berbonggol sepanjang 10.4 meter itu.

https://www.tiktok.com/@zairiesudin/video/7055152706255670554?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8H7B4jtu7sR3uoc9BQQWDxcBE%2F7KJHd5bmA%2BDEUOSGEuVMeYv5v8zHqoZ5aJMQ8sExoob4wp%2BOSlGS784GgA%3D&language=en&mid=6679971638613641985&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA7IDCF98A1gvK_z3W9LgEiQ3djCCida8R0cp4YU2tBR78q4jp2S4g-uQbw9Sv76vm&share_app_id=1180&share_item_id=7055152706255670554&share_link_id=005c3935-453b-485b-b35c-79749e3ca710&source=h5_t&timestamp=1642676108&u_code=dc98ha4gdgc918&user_id=6824386317050528770&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Rata-rata menyatakan rasa geli hati dan ketawa serta-merta selepas menonton video yang dikongsikan oleh @zairiesudin itu. Pada masa sama, netizen juga berasa kagum pelajar itu dapat mengimbangi diri dari awal sehingga hampir penghujung laluan elemen tidak rata tersebut.

Video yang telah ditonton sebanyak 18 juta kali itu dipercayai turut tular di negara-negara jiran kerana apabila menyelusuri ruangan komen didapati ada beberapa komen milik pengguna TikTok dari Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.

Sumber Gambar: TikTok @zairiesudin
Sumber Gambar: TikTok @zairiesudin
Sumber Gambar: TikTok @zairiesudin
Sumber Gambar: TikTok @zairiesudin
Sumber Gambar: TikTok @zairiesudin

Salah seorang cikgu pusat latihan memandu sebelum ini pernah menegaskan bahawa semua pihak patut sentiasa mengutamakan keselamatan para calon latihan dan ujian memandu di dalam litar institut memandu.

Tambahnya lagi, pelaksanaan bonggol seperti itu juga boleh menyebabkan motosikal-motosikal yang digunakan oleh para pelajar boleh cepat rosak berbanding penggunaan bonggol terdahulu.

Baca lebih lanjut luahan cikgu insititut memandu mengenai bonggol tidak mengikut spesifikasi yang sesuai melalui pautan di bawah.

Bonggol Institut Memandu Terlalu Tinggi, Jurulatih Luah Kerisauan Terhadap Keselamatan Pelajar

Pakar Cadang Haramkan Motosikal Kapcai, Orang Ramai Luah Rasa Tidak Puas Hati

Bahaya Dan Licin Antara Sebab Laluan Motosikal ‘Federal Highway’ Tidak Jadi Pilihan

Sumber