Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat aktiviti camping atau berkhemah semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai. Mahu lari daripada kesibukan belantara konkrit untuk menikmati suasana yang lebih tenang antara yang membuatkan aktiviti ini semakin trending.

Bukan itu sahaja, lambakan camping site atau tempat berkhemah serta kehadiran barangan-barangan perkhemahan baharu di pasaran sekaligus memudahkan orang ramai untuk mencubanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula sebagai aktiviti yang mampu milik, trend camping yang menular turut menjemput golongan bangsawan atau para influencer dalam mempamerkan setup camping mereka yang dilihat lebih premium. Malah, tidak mengejutkan terdapat setup camping yang mampu mencecah harga sebuah rumah.

Terbaharu, seorang influencer dan juga usahawan menerusi TikTok @eboyarbaain95 tampil menunjukkan setup camping keluarga mereka yang menyaksikan pelbagai barangan serta khemah yang mewah.

@eboyarbaain95

Jommmmm kita setup khemah di stellar ☺️

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Lebih menarik perhatian ramai, influencer ini dilihat turut membawa bersama beberapa perhiasan dalaman khemah untuk tampil lebih estetik dan juga konsol PlayStation 5.

Bukan itu sahaja, penggunaan barangan-barangan yang berjenama untuk mereka sekeluarga sekaligus turut mendapat perhatian netizen. Malah terdapat netizen yang berpendapat harga barangan camping ini seolah harga sebuah kereta. Tidak kurang juga yang berpendapat lebih baik mereka menginap di hotel sahaja.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang bertanyakan di manakah anak-anak pasangan influencer ini berada sewaktu membangunkan khemah. Difahamkan anak-anak mereka telah dijaga untuk pihak pengasuh buat sementara waktu sekaligus memaklumkan mereka mengambil dua tapak khemah sekaligus.

Perkongsian ringkas yang dibuat serta dikongsikan sekitar 24 jam yang lalu telah meraih 1.1 juta tontonan serta lebih 120,000 likes di mana rata-rata netizen teruja dengan khemah serta kelengkapan yang dipamerkan.