Bukan mudah mahu menghasilkan sesebuah karya seni kerana ia memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi. Bayangkan karya yang anda tatang seperti minyak yang penuh diperlakukan tidak sewajarnya oleh orang lain, pasti anda berasa kecewa.

Beberapa artis telah menzahirkan rasa kecewa apabila karya mereka di pameran Artisfair di pusat membeli belah Fahrenheit 88, Kuala Lumpur digantung seperti gantung jemuran kain di tepi balkoni setiap tingkat bangunan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, terdapat dua artis telah mengambil semula karya dari menyertai pameran tersebut selepas melihat cara penganjur menggantung karya seperti menjemur baju. Perkara tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen kritik tindakan penganjur yang dilihat tidak menghormati karya-karya itu.

Malah, para netizen juga berharap pengunjur dapat menyelesaikan perkara tersebut dan meletakkan karya-karya itu ditempat sewajarnya. Rata-rata netizen juga berpendapat bahawa bahaya menggantung karya tersebut seperti itu kerana jika jatuh boleh mencederakan orang di bawah.

Terima kritikan hebat daripada artis dan juga netizen, penganjur telah pun menurunkan semua karya-karya pameran yang digantung di tepi balkoni. Difahamkan ada sekumpulan artis telah berjumpa dengan penganjur dan berbincang akan hal itu lalu penganjur pun bertindak pantas menurunkan karya-karya tersebut.

Sementara itu, ketahui cara Abdulrasheed harumkan nama negara menerusi seni grafiti. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Cara Abdulrashade Harumkan Nama Negara Menerusi Seni Grafiti

Lelaki Ini Kecewa Karya Seni Dirosakkan Krew Produksi Drama

Kreatif Guna Daun Ukir Gambar Tun Mahathir, Hasil Karya Lelaki Ini Buat Netizen Kagum