Perkahwinan adalah hari yang paling indah untuk kedua mempelai. Ia adalah hari yang menggembirakan serta menjadi kenangan sampai hari tua. Namun, jarang sekali pasangan pengantin mengambil konsep yang unik dan berbeza untuk meraikan perkahwinan mereka.

Seperti pasangan di Indonesia ini yang memaparkan acara pernikahan pasangan pengantin yang diiringi oleh mereka yang berpakaian ganas dan seperti raksasa. Uniknya, majlis perkahwinan ini dimulakan dengan perarakan seperti karnival.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video yang dimuatnaik oleh akaun TikTok @sanggarriasmehrunisa, perkahwinan itu dilihat membawa adat Jawa. Namun, uniknya apabila pasangan pengantin akan disatukan, terdapat sebilangan orang yang berbaris memakai kostum raksasa berwarna coklat.

Raksasa itu berbaris di tepi jalan untuk menyambut pengantin lelaki dan rombongannya. Bukan itu sahaja, raksasa itu turut menyalakan bom asap kuning yang memeriahkan lagi perarakan.

Video itu kemudiannya tular di media sosial. Sehingga kini, video itu telah disukai oleh lebih 10,000 pengguna TikTok yang lain. Di ruangan komen juga terdapat pelbagai reaksi netizen.

“Baru tahu di majlis perkahwinan ada perarakan sebegitu, kostumnya menakutkan,” kata salah seorang. “Macam majlis kahwin Lucifer,” tulis yang lain.“Sumpah memang bagus kreatif, lain dari yang lain juga, tapi kalau saya cakap macam tu, saya yang kahwin mungkin menangis ketakutan dan pengsan agaknya,” komen warganet.

28 lokasi unik ini bakal buat anda mahu segera ke Bandung, Indonesia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

28 Lokasi Unik Ini Bakal Buat Anda Mahu Segera Ke Bandung, Indonesia

TIMOR, Jenama Kereta Nasional Pertama Indonesia Yang Dilupakan Dunia

‘Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Di Malaysia’ – Wanita Ini Pamer Rumah Di Sempadan Dua Negara