Sebelum ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam River of Life di Kuala Lumpur ketika sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.

Tindakan pantas bapa kepada kanak-kanak itu terjun ke dalam sungai berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. Difahamkan, mereka sekeluarga tidak nampak ada lubang berdekatan pagar diruang pejalan kaki di River of Life.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@natashaezzatyyy/video/7056377242967936282

Isu tersebut telah berjaya meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bimbang dengan keselamatan di River of Life. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan sebagai orang dewasa pun boleh tidak perasan kewujudan lubang terbabit berdekatan dengan pagar.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi dirinya pernah terjatuh ke dalam sungai seperti kanak-kanak tersebut dan mengatakan tidak perasan kewujudan lubang tersebut. Malah para netizen turut mempersoalkan bagaimana rekaan pagar dengan lubang seperti itu boleh diluluskan.

Akan tetapi, ada juga netizen berpendapat bahawa seharusnya ibu bapa memantau anak-anak agar tidak berlaku kejadian seperti ini bukannya merekod video ketika bersiar-siar.

Lantaran penularan video tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup sementara lubang di laluan pejalan kaki River of Life bersebelahan bangunan Sultan Abdul Samad dan kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.

Klik pautan di bawah untuk lihat keadaan Masjid Kristal selepas 2 tahun ditutup untuk kerja selenggara.

2 Tahun Tutup Untuk Tujuan Selenggara, Keadaan Terkini Masjid Kristal Jadi Bualan Netizen

‘Dulu Hype Sekarang Terbengkalai’- Netizen Kecewa Lihat Keadaan Terkini Bandar Agacia Di Perak

‘Harap Tak Tutup Lepas Viral’- Lokasi Matahari Terbenam Di Kuala Lumpur Ini Jadi Tumpuan Netizen