Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan menjadi lokasi tumpuan pelancong. Banyak lokasi menarik boleh diterjah apabila berkunjung ke Melaka dan banyak juga makanan ‘viral’ perlu dicuba seperti kuih keria, coconut shake dan lain-lain.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @ownertengahhealing2022 telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya berada di sebuah kedai makan di Melaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@axshxhhxbxb

Parang bukan sebarang parang 🤣 Pizza parang Melaka , paya rumput 📍Grass street kitchen

♬ Parado no BailĂŁo – MC L da Vinte & MC Gury

Menariknya, piza dihidang oleh pekerja kedai makan itu yang turut membawa parang bertindak memotong piza tersebut dihadapannya. Dapat dilihat, pekerja itu sangat santai memotong piza dan piza itu kelihatan menyelerakan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut kerana pizza dipotong dengan parang serta berseloroh mengatakan jika pelanggan tidak bayar mesti dikejar parang.

Selain daripada piza, kedai makan ini turut hadir dengan menu makanan barat yang pelbagai dan ‘vibes’ kedai Grass Stream Kitchen ini seperti di kampung-kampung.

Jika anda mahu terjah kedai makan Grass Stream Kitchen ini, ia dibuka setiap hari Rabu hingga Ahad sahaja, dari jam 6 petang hingga tengah malam.