Pada hujung minggu ini, tular sebuah isu sejak pagi kelmarin apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi keluaran BMW telah terlibat dengan kemalangan apabila melanggar sebuah Proton Saga.

Info kemalangan yang dikongsi untuk memberi pemberitahuan kepada orang ramai ini nampaknya telah bertukar menjadi bahan tawa bagi sesetengah netizen apabila melihatkan keadaan belakang Proton Saga yang remuk dengan teruk selepas pelanggaran oleh sebuah BMW R 1200 GS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

118331737_2822155664764890_3433172126284736559_o

Komen-komen yang membandingkan kualiti Proton yang rendah serta melabelkannya sebagai ‘tin milo’ antara yang diberikan netizen berikutan isu kemalangan yang berlaku.

Di sebalik isu kemalangan yang menjadi bahan tawa, muncul juga netizen yang berusaha keras untuk berkongsi ilmu kepada para netizen lain tentang mengapa bahagian hadapan dan belakang kereta sengaja dibina untuk mudah remuk dan kemek.

Kereta dibina dengan adanya crumple zone

maxresdefault

Difahamkan kereta sememangnya dibina dengan adanya crumple zone. Crumple zone ini dihasilkan bertujuan untuk menyerap hentakan dalam usaha untuk mengurangkan impak pada mereka yang dilanggar atau yang melanggar sekaligus membuatkan kereta itu remuk.

Keadaan kereta yang statik pula membuatkan kereta tersebut tidak mempunyai momentum. Berbeza pula dengan motosikal BMW yang mempunyai momentum dan sedang bergerak sewaktu pelanggaran berlaku.

Sebagai perbandingan, sekiranya sebuah kereta tidak mempunyai crumple zone, kesemua tenaga akan dipindahkan kepada penumpang dalam kereta atau penunggang yang mungkin akan menyebabkan pendarahan dalaman kepada mangsa kemalangan.

117893253_2822155651431558_6356735463092628343_n

118059294_2822155674764889_6119171593375324566_o
Keadaan motosikal BMW selepas pelanggaran

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kereta berjenama mewah sudah pastinya menggunakan material dan teknologi yang lebih hebat dalam menyerap hentakan apabila berlaku kemalangan. Mungkin agak keterlaluan untuk membandingkannya dengan kereta jenama tempatan yang hadir dengan tanda harga yang jauh lebih rendah.

Diharap perkongsian ini secara tidak langsung dapat memberi jawapan kepada para netizen tentang mengapa hampir kesemua kereta sengaja dibina untuk mudah remuk pada bahagian hadapan dan belakang.

Tular pada minggu ini apabila abang polis telah menahan pemandu samseng ‘on the spot’ sebaik sahaja insiden berlaku.

Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng ‘On The Spot’

Ulasan Jujur Lelaki Ini Di Resort Milik ‘Dato AS’ Bertukar Menjadi Ugutan