Sebelum ini, seni silat diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan (intangible cultural heritage in humanity) milik Malaysia.

Terbaharu, pengguna Facebook Keris Empire telah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan komen segelintir netizen memperlekehkan perisai rotan yang merupakan antara hasil seni warisan tradisional Melayu.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

🔥PERJUANGAN MASIH PANJANG🔥Semalam kami ada buat posting menjual hasil seni warisan pembuatan Perisai Rotan Tradisional…

Posted by Keris Empire on Monday, September 6, 2021

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat penjual itu berasa kecewa apabila rakyat Malaysia terutama sekali kaum Melayu tidak menghargai seni warisan tradisional Orang Melayu ketika promosikan perisai rotan di dalam sebuah group Facebook.

Kata-kata cacian dan sindiran tidak memberikan kesan kepada mereka kerana ianya adat berniaga tetapi agak kasihan apabila seni warisan tradisional diperlekehkan sedemikian rupa. Mana tidaknya, ada segelintir netizen yang menyamakan perisai rotan itu dengan tudung saji dan juga membandingkan dengan perisai Captain America.

Tambah penjual tersebut, masih jauh lagi perjalanan untuk mempertahankan seni warisan tradisional jika mentaliti seperti ini masih wujud. Penjual terbabit juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan membeli perisai rotan itu.

Tahukah anda, sebuah filem berkaitan seni persilatan telah ditolak tayangannya oleh sebuah stesen TV berbayar? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Alasan Filem Persilatan ‘Syahadan’ Ditolak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen

‘Rajin Betul Reply’- Netizen Terhibur Baca Respon Penjual Ini Balas Komen Di Shopee

Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Netizen Simpati Lihat Pemuda Ini Menangis

Anda Mungkin Suka