Baru-baru ini, kawan saya F telah mesej (melalui Facebook) untuk menyatakan suatu hasrat. Dalam keadaan dah ready nak tidur pada waktu itu, saya terus tak jadi tidur dan bertanyakan apakah hasratnya.

Bila dia selesai saja habis taip mesejnya, saya terus membaca mesejnya yang bertulis…

Kau ada kenal mana-mana kawan tak yang boleh spraykan (cat sembur) MacBook Air aku?

4

Saya pun menjawab mungkin ada, sebab ada kawan D buat servis berkaitan dengan produk Apple di Shah Alam, tapi kena tanya dulu. Kemudian saya pun menelefon kawan D saya, dan dia beritahu begini pula…

Kawan kau gila ke apa nak spray MacBook, bukan kerja mudah tahu tak?! Kalau ada orang buat pun mungkin mahal sangat. Aku minta maaf aku tak boleh buatkan.

Dalam masa yang sama kawan D beritahu supaya search kat Google pasal benda ni.

Maka hari ini pun saya search dan memang benar kata kawan saya tu. dalam video (oleh ColorWare) di bawah saya dapat ulaskan kenapa jarang orang buat servis ni. Memang mencabar untuk warnakan sebuah MacBook. Tapi hasilnya amat fantastik!

Jadi rakan-rakan pembaca sekalian, ada sesiapa yang anda kenal buat servis yang kawan F saya carikan? Terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Like page The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka