Penganalisis produk Apple, Kuo Ming-Chi beranggapan bahawa Apple tidak akan menambah beban aduan kerosakan papan kekunci butterfly pada MacBook Air 2019. Beliau percaya bahawa MacBook Air 2019 mungkin bakal menggunakan sistem papan kekunci baharu yang dikenali sebagai scissor.

Sistem papan kekunci scissor dijangka akan berfungsi dengan lebih baik kerana mempunyai ciri yang dipertingkatkan daripada sistem butterfly. Tambah beliau lagi sistem papan kekunci ini juga mungkin akan digunakan pada MacBook Pro tapi mungkin tidak pada keluaran MacBook seterusnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sistem papan kekunci scissor ini pastinya akan lebih tebal daripada sistem butterfly, tetapi pastinya sistem ini akan lebih kurang bermasalah.

20171017-m01A7fVpblZgmc6q0vMj

Sebelumnya, umum mengetahui masalah yang dihadapai oleh pengguna MacBook dengan sistem papan kekunci butterfly. Kos untuk membaiki semula keseluruhan sistem tersebut sangat tidak berbaloi dan menyebabkan pengguna terpaksa mencari alternatif lain, malah membeli komputer riba baharu.