Apple baru sahaja mengumumkan pembaharuan untuk komputer riba model terbaru mereka iaitu Macbook. Macbook yang baru sahaja diumumkan tahun lepas telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai berikutan saiz dan prestasinya. Walaubagaimanapun, saiznya yang kompak  serta rekaan yang moden pasti memberikan kelainan buat sesiapa yang memilikinya.

newmacbookcolors.0

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sesuai dengan misi Apple, menyediakan Macbook yang kompak dan paling ringan, Macbook telah diberi penambahbaikan dimana Macbook model terbaru akan menggunakan cip pemprosesan Intel Atom M 1.3Ghz berbanding model sebelum ini yang menggunakan model cip yang sama dengan kelajuan 1.1Ghz.

Sinonim dengan hasrat Apple untuk menyediakan 4 warna selari dengan produk iPhone dan iPad, Macbook terbaru ini juga akan hadir dengan warna Rose Gold. Sentuhan warna terbaru ini pasti memberi gaya feminin dan ‘elegant’ buat sesiapa yang menggunakannya.

Screen Shot 2016-04-20 at 4.14.39 PM

Apa yang agak mengejutkan adalah Apple masih mengekalkan dengan trend satu USB-C pada Macbook dimana bakal mendesak orang ramai untuk mendapatkan beberapa aksesori.

Walaubagaimanapun, Harga jualan Apple Macbook juga telah diturunkan dengan model 1.2 GHz dan storan dalaman 256 Gigabyte dijual pada harga RM 5499 berbanding RM 5899 sebelum ini.

Sumber