Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kecoh di media sosial baru-baru ini sejumlah pengguna tidak berpuas hati dengan sebahagian kedai pengedar rasmi Apple yang memaksa membeli pelan perlindungan bersama iPhone 14. Hal ini kerana ada pelanggan yang tidak berminat untuk mendapatkan pelan perlindungan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menerusi laman Soyacincau, pihak Machines telah memberi respon berkenaan isu tersebut yang mana para pelanggan memang diwajibkan mengambil pelan perlindungan Machines Protection Plan(MPP) sekiranya menggunakan pilihan bayaran ansuran mengikut pelan perbankan yang dipilih.

Sumber Gambar: Machines

Malah menerusi laman khas berkaitan bayaran ansuran, Machines sudah pun memberitahu bahawa pelanggan perlu mengambil pelan perlindungan sekiranya membeli peranti di kedai rasmi mereka namun masih bergantung pada terma dan syarat bank yang mengambil bahagian.

Scara asasnya, mereka yang membayar penuh diberi pilihan sama ada mahu mengambil pelan perlindungan Machines atau pun tidak. Sementara pelanggan yang memilih pembayaran secara ansuran pula terikat dengan syarat sesetengah bank yang mewajibkan mengambil pelan perlindungan Machines mengikut tempoh bayaran ansuran tertentu.

Machines juga menegaskan bahawa apa-apa tawaran MPP selain daripada yang dinyatakan di dalam carta bukanlah di dalam prosedur mereka. Jadi, jika anda dipaksa untuk mengambil pelan perlindungan walaupun tidak tertakluk pada syarat tertentu, boleh laporkan pada pihak Machines untuk tindakan lanjut.